MERCI ARSENE 1996 - 2018

MERCI ARSENE - SELAMAT TINGGAL ARSENE WENGER
          (1996 - 2018)



Arsene Wenger yang lahir pada 22 October 1949 di Strasbourg France telah mengundurkan diri
sebagai Pengurus Arsenal Football Club pada perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim 2017/18.
Ini disebabkan desakan daripada peminat peminat The Gunners untuk melihat sesuai pembaharuan dari segi
corak permainan.

AW telah dilantik sebagai Pengurus Arsenal pada 22 September 1996 dan beliau secara rasminya memulakan
tugas pada1 October 1996. Pada sidang media pertama beliau, beliau memberitahu wartawan sebab sebab
beliau datang di English Football :
"The main reason for coming is that I love English Football, the roots of the game are here. I like
the spirit round the game and at Arsenal I like the spirit of the club and its potential".

Perlawanan pertama dibawah kendalian AW adalah kemenangan ke atas Blackburn rovers di tempat lawan 0-2.

Antara anak anak didik beliau di Arsenal yang berjaya menempah nama sebagai pemain bertaraf dunia adalah
Dennis Bergkamp, Thierry Henry, Ian Wright, Nicolas Anelka, Emmaneul Petit, Patrik Viera, Sol Campbell,
Fredrik Ljungberg, Robert Pires, Cesc Fabregas, Robin Van Persie dan banyak lagi.
**aku mention nama yang aku minat shj..huhuhu**

Sepanjang karier beliau di Arsenal, beliau telah memenangi

    1. EPL    - 3 kali (1997/98,2001/02,2003/04)
    2. FA Cup - 7 kali (1997/97,2001/02,2002/03,2004/05,2013/14,2014/15,2016/17)
    3. FA Community Shield - 7 kali (1998,1999,2002,2004,2014,2015,2017)
    5. EPL Manager of the Year - 3 kali (1998,2002,2004)
    6. World Manager of the year - 1 kali (1998)

Semasa karier beliau, seteru utama yang selalu menggugat kehebatan Arsenal adalah Sir Alex Furgeson
seorang pengurus pasukan Manchester United. Beberapa kali pasukan SAF berjaya mencuri takhta liga
dari Arsenal di penghujung musim.

Waktu yang paling tidak dilupakan sewaktu kendalian beliau adalah ketika musim 2003/04 dimana pasukan
Arsenal tidak pernah tewas dalam semua perlawanan liga. Ini sesuai yang sukar dilakukan mana mana
pasukan setakat ini di EPL yang semua orang tahu EPL adalah liga yang begitu padat dengan perlawanan.
Semua pihak telah menggelar pasukan Arsenal sebagai "The Invincibes".

Gaya corak permainan Arsenal ketika itu cukup mempesonakan penonton. Mereka mengamalkan total football dengan
hantaran hantaran pendek dan pantas. Walaupun Arsenal tewas tetapi pasti penonton begitu teruja
dengan aksi mereka yang menyajikan satu corak yang lain dari pasukan lain.

Kebanyakkan kejayaan pasukan Arsenal di bawah kendalian AW adalah ketika bermain di Highbury. Pada 2006,
mereka telah berpindah kepada stadium yang lebih besar dan dinamakan sebagai Emirates Stadium.
Dengan terbinanya Stadium baru, maka bermulalah era kegelapan AW di Arsenal dek kerana kekurangan dana
untuk membina sebuah pasukan mantap. Falsafah AW berubah dengan mengutamakan bakat bakat dari pemain muda
mereka. AW banyak membeli pemain pemain muda yang harganya tidakla mahal untuk dijadikan sebagai
lajenda Arsenal. Sejak berpindahnya Arsenal ke stadium baru, belum ada lagi trofi EPL yang berjaya
dimenangi mereka.

Atas sebab sebab kekurangan trofi inilah membuatkan banyak pemain pemain muda berbakat Arsenal telah
berhasrat untuk berpindah Kelab atas alasan dahagakan trofi kemenangan yang agak sukar diperoleh di
Arsenal. Samir Nasri, Cesc Fabregas, Theirry Henry, Adebayor, Flamini, Van Persie dan Asley Cole antara
nama nama yang menyatakan hasrat untuk berpindah ke kelab yang baru yang lebih menjanjikan kemenangan.

Dengan bermulanya Era pemilikan Jutawan Jutawan Dunia dalam pasukan EPL inilah menjadikan AW inginkan
pembaharuan dari segi kualiti pemain. Dengan pengaruh yang beliau ada, beliau dapat menarik minat
dari beberapa pemain bertaraf dunia ketika ini. Alexis Sanchez, Mesut Ozil dan Aubameyang antara pemain
pemain tersebut.

Walaupun barisan pemain AW dikategorikan sebagai "World Class Player", namun corak permainan mereka
masih jauh ketinggalan dengan corak pasukan pasukan elit yang lain. Sikap kebapaan AW antara yang menjadi
punca yang menyebabkan para pemain Arsenal susah untuk bermain secara konsisten dan malas.

Kemerosotan permainan dibawah AW menjadi lebih teruk apabila barisan pertahanan agak selalu
melakukan kesilapan kesilapan mudah walaupun barisan pertahanan Arsenal boleh dikatakan mempunyai
kualiti yang tersendiri. Para peminat Arsenal sudah bosan dengan kekalahan dan telah sepakat
menyokong slogan "WENGEROUT".

Kemarahan dan kekecewaan peminat Arsenal bertambah membuak ketika mana Aw melanjutkan kontrak sebagai
Pengurus Arsenal sehingga 2019. Tetapi atas desakan peminat peminat Arsenal, Board od Director Arsenal
telah sepakat meminta AW melepaskan jawatan setahun awal demi mengembalikan keyakinan peminat peminat
Arsenal.

Maka berakhir lah era Arsene Wenger di Arsenal setelah 22 tahun memegang tampuk Pengurus di Arsenal.

Secara peribadi penulis, AW adalah merupakan seorang "WorldClass Manager". Beliau banyak membentuk
pemain daripada tiada apa apa kepada seorang pemain yang begitu kualiti di atas padang.
falsafah bolasepak beliau juga agak unik dipermulaan karier beliau. AW juga pakar dalam bidang ekonomi.
Ini membantu system kewangan di Arsenal tidak terus rugi atas pinjaman pinjaman yang mereka buat
demi menyiapkan stadium baru mereka. Walaupun AW tidak memenangi trofi trofi besar, tapi keuntungan
Arsenal agak memberangsangkan. AW jugak tidak telalu panik bila sesuatu musibah menimpa pasukan Arsenal.
Beliau sentiasa focus dengan tugasan beliau dan mengendahkan sebarang provokasi provokasi yang
tidak menguntungkan pasukan Arsenal.

Diharap pengurus baru yang akan dilantik untuk mengendalikan pasukan Arsenal berjaya membawa satu
perubahan yang ketara dari segi corak permainan. Dan dapat menandingi kehebatan kehebatan pasukan
TOP 6 yang lain terutamanya pasukan Manchester City.

Semoga Arsenal terus maju.. COYG...The Gunner on fire!!!!

**Penulis merupakan die hard fan Arsenal :-) **

Comments