Analisis kedai kopi PRU14
Kenapa BN(Barisan Nasional) jadi pilihan 3juta lebih pengundi.
1. Terlalu percaya hanya BN shj mampu memerintah Negara
2. Terlalu rasa termakan budi dengan apa yang BN dah laksana dan sumbang kepada rakyat
3. Terlalu takut hak hak orang Melayu dikurangkan sedikit demi sedikit.
4. Terlalu takut agama Islam dipermain oleh orang orang non muslim
(*heran, masjid dieorg jarang meriahkan tapi sembang bab perkasakan Islam)
5. Manifesto yang baik untuk golongan luar bandar
6. Keturunan
Kenapa PAS jadi pilihan 2juta lebih pengundi.
1. Lebih mengutamakan agenda Islam.
2. Islam dilihat hanya ada pada PAS.
3. Yakin yang DAP terlalu menghina Islam
4. mempunyai Pemimpin yang mempunyai akhlak dan integrisi yang baik.
5. Manifesto yang baik
6. kecewa dengan BN dan pada masa yang sama benci dengan PH yang byk isu isu di dalam pemimpin pemimpin mereka.
7. Ingin suara Islam berada pada tahap yang tinggi di Malaysia
Kenapa PH (Pakatan Harapan) jadi pilihan 5juta lebih pengundi.
1. DS Najib (xperlu hurai)
2. Track record yang baik sebelum ini di negeri Selangor dan Pulau Pinang.
3. Bencinya rakyat dgn sikap label melabel dari ahli ahli BN dan PAS.
4. Mahukan 1MDB diadili dengan seadilnya.
5. Yakinnya pengundi dengan track record Dr.Mahathir untuk mentadbir negara sekali lagi.
6. Ingin melihat DS Anwar dibebaskan.
7. Manifesto yang memihak kepada rakyat.
8. Kecewa dengan budaya mengampu pemimpin pemimpin Barisan Nasional terutama UMNO.
9. Percaya hanya Pakatan Harapan sahaja mampu menumbangkan pakatan BN daripada PAS yang bergerak solo.
Comments
Post a Comment