RINGKASAN EKSEKUTIF LAPORAN PENGAUDITAN 1MDB
Alhamdulillah, berkat kemenangan Pakatan Harapan yang diterajui oleh
Tun Dr. Mahathir pada PRU14, dapat juga rakyat meneliti sendiri laporan
ringkas dari Jabatan Audit Negara berkaitan dengan pelaburan 1MDB yang
dikeluarkan kepada umum pada 15 Mei 2018.
Ini adalah kenyataan yang saya faham menurut pemahaman saya yang cetek ini.
1. Bermulanya episod sejarah 1MDB ini bilamana Kerajaan Persekutuan telah
mengambil alih TIA(Terengganu Investment Authority Bhd) yang pada asalnya
TIA ditubuhkan adalah untuk memperoleh tunggakan royalti minyak
sebanyak RM6Bil. TIA jugak mempunyai terbitan bon dari dalam dan luar negara
yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM5bil. Difahamkan tempoh
matang adalah pada tahun 2039. Bermaksud, pihak TIA akan dapat wang tunai
sebanyak RM11bil pada 2039.
2. Setelah Kerajaan Persekutuan mengambil alih TIA, maka mereka telah
menukar nama kepada 1MDB dengan bermodal tunai sebanyak RM1,000,002.00 dan
dana terbitan IMTN RM5bil
3. Niat asal 1MDB ini baik dipermulaan penubuhannya iaitu
mengoptimumkan keuntungan dari hasil kewangan dan hartanah yang diberi
oleh Kerajaan Persekutuan.
4. Pelaburan yang mengejutkan banyak pihak adalah pembelian ekuiti 40%
syarikat Petrosaudi Holdings (cayman) Ltd berjumlah USD1bil. Tanpa ada semakan atau kajian
yang teperinci tentang latar belakang Petrosaudi inilah yang menjadi
penyebab gagalkan perlaburan ini.
5. Hasil laporan, Petrosaudi ini mempunyai lesen menggali minyak yang
hampir tamat dan projek minyak mereka di perairan Venezuela telah disekat
oleh Kerajaan Amerika.
6. Lepas sedar kesilapan ini, pihak 1MDB telah menjual kesemua 40% ekuiti
dalam Petrosaudi.
7. Hasil penjualan ekuiti ini pula dilaburkan dalam pelbagai portfolio pelaburan
yang diuruskan sebuah syarikat yang baru setahun ditubuhkan, tiada lesen
sebagai pengurus dana dab tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar.
Nama syarikat itu ialah Bridge Global Absolute Return Fund SPC.
8. Setelah beberapa penebusan sebahagian pelaburan portfolio SPC digunakan
untuk membiayai pelbagai komitment syarikat, akhirnya baki pelaburan
hanyalah berbaki USD939.87juta shj.
9. Dalam tempoh 4 tahun dari 2009, 1MDB telah membuat 4 jenis pinjaman.
Bahasa mudahnya, "KOREK LUBANG BARU, TANAH LUBANG BARU TU DITUTUP PADA LUBANG YANG LAMA"
10. Sementara itu, 1MDB memperoleh 5 aset hartanah daripada Kerajaan Persekutuan.
Yang paling popular adalah TRX(Tun Razak Exchange) dan tanah projek Bandar malaysia
di Pengkalan Udara Sungai Besi.
11. Untuk projek tanah TRX ini, 1MDB telah membahagi kan tanah tersebut kepada 16 plot.
Dimana 5plot telah terjual kepada pelabur pelabur dan baki 11 plot lagi masih tidak dijual.
total 5plot yang telah dijual RM1.358bil.
12. Hasil daripada penjualan ini bukanlah semuanya digunakan untuk pembinaan TRX, tetapi RM1.095bil
telah diambil oleh 1MDB untuk membayar faedah pinjaman 1MDB
13. Untuk kes tanah projek Bandar Malaysia pula, Kerajaan telah memperuntukan RM2.717bil
dan RM1.117bil telah dibayar oleh Kerajaan kepada 1MDB. Peliknya daripada RM1bil lebih tu,
boleh pulak dia gunakan RM288juta untuk bayar faedah pinjaman 1MDB padahal duit itu utk pembangunan
tapak projek Bandar Malaysia.
14. Ada jugak pelaburan pelaburan 1MDB yang menguntungkan tetapi keuntungan itu tidak selari
dengan faedah pinjaman yang perlu ditangguh oleh 1MDB.
15. Nasib baik la pelan rasionalisasi suruh menghentikan pinjaman pinjaman baru yang hanya
dibuat semata mata untuk membayar faedah pinjaman yang sebelum ini terutamanya pinjaman di syarikat
syarikat di luar negara.
16. Akhir sekali, 1MDB memerlukan sekurang kurangnya RM1.52bil setiap tahun dari tahun 2015 hingga 2024 untuk membayar
balik pinjaman.
**Kenyataan di atas adalah pandangan peribadi penulis, sebarang
salah faham figure dan fakta dapatlah dimaafkan**
Comments
Post a Comment